Sunday, June 20, 2010

Saturday, June 19, 2010

Mee kuning






homemade mee kuning

Tuesday, April 27, 2010

RESEPI MUFFIN

VANILLA MUFFINS


250g butter
225g gula caster
210ml susu segar
3 biji telur
375g tepung gandum ( diayak bersama baking powder )
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh vanilla
100g mini chocolate chips / blueberry / kismis

Pukul butter, vanilla dan gula bersama-sama sehingga ringan. Campurkan telur sebiji-sebiji.. Campurkan susu dan kacau perlahan. Guna senduk , masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan. Campur coklat chips atau blueberry atau kismis

Scoop ke dalam paper cups and bakar pada 170C sehingga perang.

Friday, April 16, 2010

RESEPI TEPUNG PELITA - mudah , juga dari cikgu Azlinda (SKAB)

Tepung Pelita

bahagian hijau

1 cawan tepung jagung
5 atau 6 cawan air
2 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau ( 1 or 2 titik )

cara :
Bancuh, kacau dalam periuk di atas atas api yang perlahan hingga likat. Masukkan ke dalam acuan.

bahagian putih.

3/4 cawan tepung jagung
2/3 santan paket di bancuh dengan air.
4 atau 5 cawan air
garam secukup rasa

cara:
Kacau dalam periuk di atas api perlahan sehingga likat. Masukkan ke dalam acuan .

Inilah hasilnya.



Tuesday, April 13, 2010

Resepi hari ini ( sumber : Cikgu Azlinda SKAB)

kek asam manis
bahan:
10 biji telur ayam (kecil)
230 g gula halus
230 g tepung biskut tawar
1/2 tin susu pekat
285 g mentega
Asam manis secukupnya
1 camca teh vanila
1 camca teh serbuk penaik

cara:
1. Telur, gula digaul hingga kembang
2. Mentega, vanila dipukul di bekas lain
3. Campurkan kedua-dua bahan ini
4. Masukkan biskut, susu, vanila , serbuk penaik. Gaul rata.
5. Bahagikan 2 bahagian . 1/2 warna hijau, 1/2 warna biasa
6. Kukuskan satu senduk. Biarkan sebentar. Aturkan asam dan bubuh lapisan kedua.
7. Kukus selang warna sehingga habis.


Puding koktail

bahan 1:
1 paket agar-agar
4 cawan air dimasak dengan agar-agar hingga agar-agar hancur
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan jus koktail

bahan 2:
4 biji telur
2 sudu majerin
3/4 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
( kesemua bahan ini dipukul sebati )
buah-buahan koktail.

cara :
1. Masak agar-agar dengan air
2. Masukkan gula dan jus
3. Pukul telur dengan majerin hingga kembang.
4. Masukkan susu, pukul lagi
5. Masukkan kedua-dua tepung dan esen
6. Setelah gula hancur, campurkan adunan telur
7. Biar lama sedikit
8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
9. Satukan bahagian diwarnakan
10. Masukkan berselang seli.
11. Taburkan buah-buahan koktail yang dipotong kecil
12. Biarkan keras.

Kedua-dua resepi ini saya belum cuba lagi. Baru dapat hari ni.

Thursday, April 8, 2010

Resepi roti yang telah dicuba dan sedap


Sugar plait

Bahan-bahan (1 family):
400gm tepung roti
7gm (2 sudu kecil) yis
1 sudu kecil garam - paras rata
50gm mentega - dicairkan
60gm gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air suam

sedikit gula - untuk taburan
1 sudu besar susu segar - untuks sapuan

cara:

1. masukkan semua bahan kecuali gula untuk taburan dan susu untuk sapuan ke dalam bread maker. tekan untuk doh setting dan tunggu sehingga siap
2. untuk kaedah lain - campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut. uli selama 15 min sehingg doh menjadi licin tidak melekat di tangan dan elastic. walaupun doh nie agak melekit pada mulanya, jangan tambah sebarang tepung. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film. letak ditempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
3. setelah siap keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin (kaedah nie diguna samada menggunakan bread maker atau uli tangan)
4. kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian A dan B
5. ambil bahagian A bahagi 3 dan gentelkan setiap satu memanjang menjadi saiz bentuk sosej sepanjang 6-8 inci kemudian jalinkan ketiga2nya seperti jalin rambut
6. ulangi untuk bahagian B pula. kemudian masukkan ke dalam loyang yang berlapik dengan kertas minyak atau disapu dengan marjerin/butter
7. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 40 min - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
8. panaskan oven pada suhu 190-200C. sapukan doh tadi dengan sedikit susu kemudian taburkan gula ke atasnya dan bakar selama 15 min atau sehingga keperangan. bolehlah ditambahkan lagi masa sekiranya roti tidak begitu perang
9. setelah masak sejukkan di atas wire rack dan tutup dengan kain bersih untuk mendapatkan soft crust

sumber : my home cooking blog

Terima kasih kepada penyumbang resepi ini.Para surirumah yang rajin mencuba resepi-resepi baru tu cubalah. Kalau nak tambah bahan lain pun boleh juga seperti serbuk cinnamon, badam cincang n kismis. memang sedap!